Kek Prune Kukus

Sunday, February 1, 2009

Bahan2 :-
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara2 :-
  1. Didihkan air dalam pengukus.
  2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
  4. Masukkan prune yg telah dikisar.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
  7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
  8. ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
  9. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Saiz adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2"


Tips
  1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik.
  2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
  3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
  4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
  5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.
Resepi & Gambar
Kredit : Kak Maizana

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino