Pasta Goreng

Wednesday, October 15, 2008


Bahan-Bahannya :-)
200 g pasta apa2 jenis ] rebus hingga lembut dan toskan
1 tin sos spaghetti campbell perisa tomato, basil and garlic
1 biji bawang besar ] didadu
3 ulas bawang putih ] cincang halus
5 biji cendawan butang segar/dalam tin ] dihiris
4 biji cili padi ] hiris halus
1 tin tuna dalam tin ] toskan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak zaitun
Sedikit hirisan daun kuchai

Cara membuatnya :-)
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu
2. Masukkan bawang putih dan goreng hingga harum
3. Masukkan sos spaghetti dan juga cendawan.
4. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan ikan tuna, lada hitam dan juga cili padi, gaul rata.
6. Tambah sedikit garam dan gula dan juga pasta tadi
7. Kacau hingga mesra dan masak sekejap.
8. Taburkan hirisan daun kuchai sebelum dihidangkan.

Siput Masak Lemak Cili Api

Tuesday, October 14, 2008

Bahan - bahan
1kg siput sedut (mesti buang belakang buntut tu, baru senang sedut)
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit (hiris halus)
20 tangkai cili api ]tumbuk
3 ulas bawang merah ] tumbuk
sedikit kunyit hidup ] tumbuk
Garam

Cara2 memasak
1. Masukkan siput tu dalam periuk
2. Masukkan bahan2 yang korang dah blend tu. Gaul rata2 ngan siput.
3. Agak2 dah gaul rata, masukkan santan cair.
4. Biar mereneh , then masuk santan pekat.
5. Dah ala2 mengelegak, masukkan daun kunyit.

Sup Telur dan Sayur

Wednesday, October 1, 2008


Bahan-Bahannya :-
5 biji kentang sederhana besar
6 - 7 kuntum black fungus ] rendam sampai kembang
4 - 5 keping fucuk ], rendam hingga lembut
30 - 35 tangkai "kincam"
1 cekak soo hoon ] potong dan rendam
4 - 5 biji telur
4 ulas bawang putih ] diketuk
6 biji bawang merah ] dihiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara2 membuatnya :-
  1. Kentang dikupas, potong 4 setiap biji,
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan air (anggaran 1 liter), kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.
  3. Kecilakn api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi.
  4. Masak hingga telur masak dan tidak pecah.
  5. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.
  6. Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu.
  7. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata.
  8. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api.
  9. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Kredit : Encik Mat Gebu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino