Puding Triffle

Sunday, January 8, 2012

Puding ni mak masak Jumaat lepas. Kebetulan ada makan2 dekat opis. Sebab tekak mak teringin nak makan puding triffle ni, kalau masak saja2  untuk memenuhi tekak mak ni malas pulak kan. Takkan nak masak ciput jer... buat perabis gas je! Alang2 ada jamuan dekat opis tuh yang mak buat tu. Resepi ni mak guna resepi Kak Hanieliza. Yang ni memang mak ikut sebijik2 macam resepi tu. Terima kasih Kak Liza


Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll ] pilih perisa strawberry
1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
1 tin fruit cocktail -
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula perang ( nak kurang manis kurangkan gula)
3 cawan susu rendah lemak

Cara-cara :-

  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga pekat dan nampak berkilat, ketepikan dan biarkan sejuk
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas. Kalau nak nampak lapisan tu letakkan dalam bekas yang transparent.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi sehingga lembab.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Kemudian taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk2.

Ikan Bakar Daun Kunyit

Ni 1st time mak bakar ikan guna daun kunyit. Biasa balut ikan tu guna daun pisang je, tapi untuk dapatkan kelainan aroma mak balut dengan daun kunyit pulak kali ni. Alhamdulillah rasa yang tidak menghampakan. Walau pun ikan bakar kali ni agak kering tapi rasa boleh tahan jugak.

Hehehe balutan daun kunyit mak dah bukak sbb nampak buruk bebenor daun tu hangus kehitaman. Nasib baik ikan selamat lagi. Ikan ni sedap cicah dengan air asam tapi sbb asam jawa tak ada mak cicah guna kicap cili jer... syukurlah nak kenyang jugak perut. Alhamdulillah :)


Bahan2 :-
3 ekor ikan kembung ]  dibuang perut dan dibersihkan
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
3 helai daun kuniyt (daun pandan pun boleh yer )

Cara2 :-
  1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Balutkan badan ikan tadi dengan daun kunyit
  3. Bakar atau grill atas api sederhana. Yang ni mak bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick.
  4. Balikkan ikan sehingga masak
  5. Hidangkan dengan  air asam / kicap bercili

Daging Goreng Kunyit.

Assalammualaikum...

Hari ni tak tahu nak masak apa. Dalam peti sejuk ada daging tapi kalau dah makan sorang2 kalau daging masak kari bagai mcm terlebih2 ler pulak. Dan yang paling  simple nak masak yang ada dalam kepada mak ni haa daging goreng kunyit je. Rasa semua orang tahu resepi ni. Nak masak main campak2 dalam kuali je. Tapi apa pun mak nak jugak tayang resepi yang mak masak tadi ni haa....


Bahan2 :-
500 gm daging ] hiris nipis
1 biji bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ] hiris
1 inci halia ] hiris nipis
1  inci lengkuas ] hiris nipis
5 biji cili padi ] dihiris menyerong (nak lagi pedas tambah kuantiti)
1 biji capsicum ~ potong persegi (optional )
1 cawan air
bahan perasa jika suka
½  cawan minyak atau secukupnya

Cara2 :-
  1. Daging yang dipotong dicuci & ditos. Gaulkan dengan garam & serbuk kunyit.  Masukkan dalam kuali yang berisi air. Masak hingga daging kecut dan daging lembut
  2. Kemudian masukkan minyak masak dalam kuali berisi daging & goreng daging sehingga nampak garing. 
  3. Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan dan cili hiris. Goreng lagi hingga bawang & cili layu.
  4. Masukkan  garam dan bahan perasa secukup rasa.  
  5. Akhir sekali masukkan capsicum dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang. Hiaskan dengan daun ketumbar
Petua :-
Untuk mendapatkan daging yang cepat  lembut apabila dimasak, pastikan daging dihiris nipis melintang urat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino