Arrowhead Chips | Kerepek Ngaku

Friday, January 31, 2014

Ni 1st time ni buat kerepek ngaku. Dulu tak kenal pun ngaku ni apa... org putih sebut arrowhead... mungkin sbb dia bulat mcm kepala pastu ada tangkai cam arrow tu kot tu yg nama dia mcm tu hehhe.... apa pun memang sedap kerepek ni.

Nak buat kerepek ngaku ni sama jugak mcm buat kerepek lain, cuma ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan utk memudahkan proses nak buat kerepek ni..



 Masa beli ngaku atau pun arrowhead  tu pastikan pilih yang elok ye. Elakkan pilih yang pecah kat bahagian montot dia tu hehehe... kalau yg pecah tu nanti  selain tak cantik bila disagat ia jugak byk kotoran terselit kat situ.... so payah skit nak cuci dia nanti.



 Masa proses mengupas kulit ngaku atau arrowhead ni, pastikan jangan potong tangkai dia... Ni untuk memudahkan masa proses menyagat nanti. Ngaku ni bukan besar mana pun hehehe so nak pegang masa menyagat tu agak mencabar skit. Hati2 jangan sampai tersagat jari pulak. Itu pentingnya tak buang tangkai tu.... safety 1st ye :p


Ni waktu nak menggoreng... masa panaskan minyak letak sedikit mentega. kalau anda suka kerepek tu masin skit tambah garam skit ye dlm minyak tu. Kalau tak suka masin memadai dgn masin dari mentega tadi... tujuan letak mentega ni nak bagi ngaku tadi cepat garing.... masa menggoreng tu nanti nak mudah sagat terus ke dalam kuali dari sagat byk2 letak dlm bekas baru goreng. nanti kalau sgt kat luar kena masukkan satu2 dlm kuali. lambattt....

Goreng ngaku sampai agak kekuningan ye atau sampai takde buih dah... jangan  sampai hangit... hehehe lepas tu angkat dan toskan atas tisu dapur....


Inilah hasil mengaku hari ni. Beli sekilo je dulu sbb 1st time buatkan. Dapat ciput je.... tapi yg pasti kerepek ngaku atau arrowhead chips ni memang sgt sedap! Bolehlah buat kudapan santai2 sambil layan drama Korea time cuti ni....

Asam Pedas Ikan Parang

Sunday, January 26, 2014

Memandangkan daun kesum tengah merimbun kat kebun sekangkang kera tu, dari asyik kena cantas je baik dibuatkan sesuatu. kebetulan hari tu ada beli ikan parang elok ler dimasakkan asam pedas. Saya selain ikan pari, asam pedas kesukaan adalah ikan parang. Walau pun agak mencabar skit waktu nak makan tu sbb byk tulang tapi ikan parang sgt sedap dimasak asam pedas. Isi ikan parang sgt manis...

Rasa semua orang tahu resepi nak masak asam pedas tapi saya nak kongsi jugak versi saya jugak :)

Bahan2 :-
2 / 3 keping ikan parang 
4 ulas bawang merah **
2 ulas bawang putih **
1 inci halia **
1 inci kunyit hidup (kalau takde kunyit hidup guna tepung kunyit pun takpe) **
3 sudu cili giling (kalau nak pedas lagi boleh tambah lagi ye) **
3 batang serai (ketuk)
1 inci belacan (bakar skit) **
seikat daun kesum
1 batang bunga kantan
2  biji tomato (optional)
beberapa biji kacang bendi (optional)
2 / 3 keping asam keping 
minyak untuk menumis
garam
bahan perisa
Air

Cara2 :-

  1. Kisar bahan yang bertanda **
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan serai yang telah diketuk.
  3. Masukkan sedikit air dan biar mendidih sikit. Agak2 dah mendidih tu masukkan ikan. Balik2 kan ye supaya ikan sebati dengan bahan tumisan
  4. Agak2 ikan dah separuh masak, tambah air. Haa yang ni ikut masing2 ye... kalau yg suka berkuah byk tu boleh ler letak sedang. Kalau yg suka kuah pekat agak2 ikan boleh tenggelam skit dah memadai
  5. Didihkan seketika, masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan yang telah dipotong serta tomato.
  6. Perisakan dengan garam dan bahan perisa sesedap rasa
Hehehe siap untuk dihidang. Kalau saya suka asam pedas kuah pekat sikit! nyum2....









Daging Dengdeng


saya adalah penggemar daging tapi tak boleh selalu sangat makan, nanti tak pasal2 darah naik yer....

Baru2 ni teringin nak makan daging dendeng. Kudrat nak bersilat kat dapur tak berapa nak mampu, jadinya masak kat kedailah. Tapi biasalah kalau beli takdelah boleh mkn sampai betul2 puas. Beli rm5 dapat sesenduk kecik jer


kalau buat sendiri, mkn sampai muntahlah yer.... slurp! syukur alhamdulillah....




Sarapan Pagi Pisang Bersama Oats

Saturday, January 25, 2014

Pisang Bersama Oats

Oat adalah baik untuk jantung kerana ia boleh menurunkan kadar kalestrol dalam darah.  Buah pisang adalah pemberi tenaga segera untuk badan dan membantu dalam pengeluaran hormon serotonin, hormon yang membuat kita rasa gembira.
 
Bahan-bahan :-

40 gram oat
20 ml susu
25 gram pisang masak (potong dadu)
10 gram koko krunch
10 gram cornflakes
Gula secukup rasa

Cara-cara :-

  1. Rebus susu perlahan-lahan dengan api sederhana sehingga mendidih.
     
  2. Perlahankan api, kemudian masukkan oat bersama gula.
     
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan seterusnya masukkan pula pisang.
     
  4. Kacau masakan hingga ianya sebati.
     
  5. Setelah masak, sajikan dengan koko krunch dan cornflakes.
Jom kita enjoy ...



 Asal : 16 Mac 2007 2:41PM

Contoh produk dari Oat

Baked Macaroni

Sunday, January 5, 2014


main agak2 je ni resepinya.... harap betullahkan.

Bahan2 :-
sepeket makaroni(rebus dan toskan)
350gm daging segar dicincang/kisar ( guna yg frozen pun boleh)
6 ulas bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
2 sudu besar serbuk kari daging
4 biji cendawan butang (guna yang segar / pun tin... kalau yg tin pastikan halal tau)
Daun sup dan daun bawang(potong kecil)
Sebiji lada benggala(dadu)
Setin susu cair
3/4 tin air
5 biji telur(pukul dengan garfu)
100gm mozarella(diparut)
Serbuk lada hitam
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

Caranya
Tumis bawang merah, putih  hingga wangi. Kemudian asukkan daging dan kacau sehingga separuh masak. hehehe yang ni pandai2 ler agak ye.. lepas tu masukkan lada benggala... cendawan dan daun sup. Masukkan juga serbuk lada hitam, garam dan bahan perisa secukupnya... masukkan air dan biar mendidih sekejap. Jangan lama sangat tau. Lepas tu biarkan sejuk sekejap.

Kemudian masukkan bahan2 tadi ke dalam makaroni yang telah ditos tadi. Gaul rata. Masukkan susu cair dan gaul lagi. Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Gaul rata2 lagi. Dah rasa sebati tu, masukkan ke dalam bekas pembakar... taburkan mozarella yang telah diparut tadi. Haaa apa lagi bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 - 180C selama 50 - 60 minit atau sehingga masak.

Blueberry Muffin

Hari ni tiba mode nak mem'baking' datang. Kebetulan ada tepung muffin instant beli hari tu yg tak buat lagi.

Memandangkan ni instant punya jadi resepi takdelah yer... hihihi saya cuma tambah 5 biji telur dgn 220ml minyak jagung jer...masuk dlm mixer lepas tu masuk dlm muffin cup. Bakar dlm suhu 180c lebih kurang 15 minit.

Untuk 1 paket tepung muffin tu saya dapat lebih kurang 18 biji muffin...hihihi byk pulak jadinye:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino