Jemput2 Makaroni Udang

Sunday, December 26, 2010


Sesuai untuk hidangan minum petang. Senang dan mudah disediakan. Cara membuatnya sama seperti membuat jemput2 biasa :)

Bahan2 :-
1 mangkuk makaroni ] rebus sehingga lembut
1 biji bawang besar ]  dipotong dadu
1/2 mangkuk isi udang ] potong bulat
Sedikit daun kucai
1 sudu kecil oregano
1 biji cii merah ] dihiris halus
Tepung gandum  ] sukatan agak2 boleh melekatkan makaroni
Sedikit garam dan air
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :-
  1. Gaul semua bahan2 sehingga sebati
  2. Goreng sehingga agak kekuningan

Onde-onde Durian

Wednesday, December 22, 2010


Kebiasaan apabila kita membuat onde-onde selalunya kita jadikan gula melaka sebagai inti. Kali ini saya tukarkan kebiasaan tersebut. Saya gantikan gula melaka kepada lempok durian.  Hasilnya pasti tidak mengecewakan tekak anda.

Bahan2 :-
1 bungkus tepung pulut
4 helai daun pandan wangi
1 biji kelapa parut
lempuk durian secukupnya
sedikit garam

Cara :-
  1. Daun pandan wangi dikisar dan diambil airnya
  2. Uli tepung pulut dengan air pandan yang dikisar sehingga menjadi doh
  3. Sementara itu masukkan air ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih
  4. Kemudian bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan lempok durian sebagai inti
  5. Masukkan ke dalam air yang telah dididihkan dan tunggu sehingga  terapung di permukaan. Apabila adunan tadi telah terapung bermakna ianya sudah masak
  6. Angkat dan golek-golekkan di atas kelapa parut
Nota :
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam untuk memberi rasa yang lebih enak.

Italian Garden Salad

Thursday, December 16, 2010

Salad ni nama je bagi gempak tapi ni salad biasa je. Nama menjadi ala2 Western sbb ada taburan Italian herbs sebagai penyedap rasa. Resepi ni sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Apa yang ada dalam gambar hanya ilusi semata2 sebab ini salad yang tidak cukup bahannya.  :-


Untuk resepi penuh seperti di bawah :-

Bahan2 :-
1 ikat salad lettuce
sedikit kobis warna purple ] sagat halus
1/2 biji ladang banggala warna merah, hijau, kuning ] potong dadu
4 biji tomato ceri ] belah dua
1 batang timun jepun ] potong dadu
isi salmon yang telah dipanggang ] racik2 halus
2 sudu besar yougurt rendah lemak
1 sudu kecil Italian herbs
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ] guna yg kasar2
sedikit jus limau nipis
sedikit garam



Cara2 :-
Gaulkan semua bahan2 di atas dalam mangkuk salad dan sedia untuk di hidang.

Nota :
untuk menghasilkan salad yang sihat, elakkan penggunaan mayonis atau pun salad dressing kerana bahan ini tinggi nilai kalorinya. Gantikan bahan tersebut yougurt rendah lemak dan sedikit minyak zaitun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino