Daging Masak Halia

Sunday, October 28, 2012


Bahan2 :-

1/4 kilo daging
1 labu bawang besar (dihiris)
6 inci halia (dihiris nipis)
2 batang lada masak (dipotong menyerong)
10 helai daun bawang (dipotong 5 inci panjang)
3 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara2 -:

1) panaskan minyak, goreng bawang, halia hingga naik bau.

2) masukkan daging dan biar separuh masak.

3) masukkan daun bawang, lada, sos tiram dan air.

4) tunggu sehingga masak dan masukkan garam

5) perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.

Asal : 280307


Kunyit, lengkuas dan halia. Bahan-bahan masakan perlu untuk anda yang rajin memasak.

Puding Caramel

Tuesday, July 31, 2012



Bulan-bulan puasa ni, pencuci sangat2 menjadi kegemaran. Lebih2 lagi kalau dimakan sejuk2. Salah satu pencuci mulut menjadi kegemaran Maksue adalah puding caramel. Nak buat pun takdelah susah mana :)

Bahan2 :-

Gula Hangus
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air


Cara-cara

  • Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang
  • Kemudian campurkan dgn air. Masa nak masukkan air kena berhati2 sbb air akan memercik keluar nanti :)
  • Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur.
  • Bila sume dah hancur tuang dalam loyang,  ketepikan dan biar sejuk seketika 


Bahan Karamel
  • 5 biji telor
  • 1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis boleh kurangkan gula sebab gula hangus tadi dah manis)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
  • secubit garam


Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan2 karamel dan gaul hingga sebati. Nak blend pun boleh tapi kena tapiskan semasa masukkan ke dalam loyang untuk mengelak adunan berbuih2 :)
  • Tuang bahan2 ni ke dalam loyang yg sudah berisi gula hangus.
  • Kukus dgn api perlahan  sehingga  masak. Boleh juga dibakar menggunakan kaedah steam bake dalam oven guna suhu 170C selama 1 jam
  • Untuk mendapatkan hasil yang lagi sedap, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Siakap Goreng Bermangga

Tuesday, May 29, 2012

Bahan-bahan :-

1 ekor ikan siakap
Garam dan serbuk kunyit secupnya (untuk goreng ikan)
½ biji mangga muda (disagat)
5 biji cili padi
2 sudu makan jus lemon
2 biji bawang merah (dipotong kecil)
1 sudu makan sos ikan
Minyak masak secukupnya

Cara-cara :-
  1. Goreng ikan siakap dan ketepikan.
  2. Tumiskan cili padi, bawang merah, sos ikan dan jus lemon.
  3. Tuangkan ke atas ikan siakap goreng tadi bersama mangga yang telah disagat.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Post : 2006-02-16 14:14

*Resepi untuk dicuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino