Sardine Roll
Sunday, November 23, 2008
Bahan
Roti sandwich biasa[leperkan dulu]
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng
Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limau kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang
Cara
1. Masukkan bahan nti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dlam tapisan dupaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.
Kueh Teow Goreng Seafood
Thursday, November 20, 2008
Bahan-bahan :-
sebungkus kueh teow
sotong sederhana besar ] potong
kerang ] rebus & buang kulit
udang sederhana besar
2 ulas bawang merah ] tumbuk lumat
3 ulas bawang putih ] tumbuk lumat
1 sudu besar stok ayam
1 biji telur
1 sudu besar kicap pekat / kicap cair / sos tiram
sedikit taugeh
sedikit daun kucai
Cara-cara :-
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan
2. Masukkan udang, sotong, kerang & biarkan sampai separuh masak
3. Masukkan kicap cair/ kicap pekat/ sos tiram dan bahan perasa yang lain
4. Biarkan seketika dan masukkan kueh tiow
5. Pecahkan telor dan gaul rata
6. Kemudian masukkan taugeh & daun kucai
6. Siap untuk dihidang.
sebungkus kueh teow
sotong sederhana besar ] potong
kerang ] rebus & buang kulit
udang sederhana besar
2 ulas bawang merah ] tumbuk lumat
3 ulas bawang putih ] tumbuk lumat
1 sudu besar stok ayam
1 biji telur
1 sudu besar kicap pekat / kicap cair / sos tiram
sedikit taugeh
sedikit daun kucai
Cara-cara :-
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan
2. Masukkan udang, sotong, kerang & biarkan sampai separuh masak
3. Masukkan kicap cair/ kicap pekat/ sos tiram dan bahan perasa yang lain
4. Biarkan seketika dan masukkan kueh tiow
5. Pecahkan telor dan gaul rata
6. Kemudian masukkan taugeh & daun kucai
6. Siap untuk dihidang.
Fussili Goreng Pedas
Tuesday, November 18, 2008
Bahan-bahan :-
500 g Fusilli
1 cawan daging/isi ayam ] dipotong dadu atau dicincang
Sedikit udang ] buang kulit
Sedikit sotong ] potong bulat
1 labu bawang besar ] dipotong dadu
3 ulas bawang putih ] dicincang halus
1 tin cendawan butang ] dibelah dua
1/2 biji capsicum hijau ] dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah ] dipotong dadu
10 biji cili api ] tumbuk lumat ( nak lagi pedas tambah kuantiti)
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis
Cara-cara :-
1. Rebus fussili sehingga lembut dan toskan kemudian digaul dengan sedikit minyak
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili sehingga wangi
3. Masukkan daging/ayam , udang, sotong dan goreng sebentar sehingga masak.
4. Masukkan sos tomato, sos tiram , sos cili , kicap cair, lada sulah dan semua sayur
5. Biarkan seketika dan gaul rata.
6. Apabila masak tabur sedikit daun pasli / oregano untuk menyedapkan lagi
Masukkan fusilli, gaul sebati serta rasakan garamnya dan bolehlah dihidangkan.
Ayam Bakar Masam Manis
Sunday, November 16, 2008
Bahan-bahan :-
1 ekor ayam ( ikut suka)
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
2 ulas bawang merah ] tumbuk halus
1 sudu sos tiram
1 sudu sos plum
sedikit kicap lemak manis
Cara-cara :-
1. Perap ayam dengan semua bahan2 di atas
2. Biarkan selama 2 jam sebelum di bakar
3. Panaskan oven dengan suhu 170C
4. Bakar ayam selama 45 minit / sampai masak
1 ekor ayam ( ikut suka)
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
2 ulas bawang merah ] tumbuk halus
1 sudu sos tiram
1 sudu sos plum
sedikit kicap lemak manis
Cara-cara :-
1. Perap ayam dengan semua bahan2 di atas
2. Biarkan selama 2 jam sebelum di bakar
3. Panaskan oven dengan suhu 170C
4. Bakar ayam selama 45 minit / sampai masak
Grill Salmon With Herbs
Sunday, November 9, 2008
Bahan-bahan :-
1 - 2 keping ikan salmon
1 sudu kecil oregano kering
1 sudu kecil pastli kering
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu olive oil
1 biji lemon
sedikit garam
Cara-cara :-
1. Perapkan salmon tadi dengan bahan-bahan di atas. Biarkan dalam setengah jam
2. Panaskan oven dlm 170C
3. Panggang salmon yang telah diperap tadi lebih kurang dalam 15 - 20 minit
4. Apabila masak perahkan sedikit lemon di atas ikan sebelum dihidangkan.
5. Hidangkan dengan brokoli, karot, kentang lenyek ( ikut kesukaan masing2)
Lala Goreng Bercili
Tuesday, November 4, 2008
Bahan-bahan
1kg lala
20 biji cili api ] kisar
sebatang serai ] titik
halia sebesar ibu jari ] titik
5 biji bawang putih ] kisar
10 biji bawang merah ] kisar
satu sudu kecil tepung jagung (memekatkan kuah)
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu sos tiram
Cara memasak
1. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar, halia dan serai hingga kuning dan masukkan sos tiram.
3. Masukkan secawan air dan tudung dulu periuk dalam 5 minit sampai air tu mendidih.
4. Masukkan garam dan lala sekali dan tutup periuk lagi hingga lala tu masak.
5. Sebelum tutup api, bancuhkan tepung jagung dan masukkan ke dalam periuk tadi.
6. Kacau dan boleh angkat dan hidang.
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Monday, November 3, 2008
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu | dipotong nipis dan disalai
2 biji kelapa | ambil santannya
10 biji terung telunjuk
15 biji asam belimbing buluh
15 ulas cili padi | ditumbuk
4 cm kunyit hidup | ditumbuk
Garam secukup rasa
Cara Memasaknya:
1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk.
2. Masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh.
3. Biarkan seketika dan masukkan daging.
4. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang.
Ayam Masak Merah
Sunday, November 2, 2008
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan letak kunyit & garam dan goreng
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos
kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
Nasi Tomato Cahaya Hati
Saturday, November 1, 2008
Bahan-bahan :-
500 g beras wangi ] dibasuh & disejat
500 g. beras biasa ]
150 g minyak sapi/marjerin
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
3 buah pelaga
5 cm kayu manis
1 labu bawang besar ] dicincang
150 ml. puri tomato
1.5 l air
garam secukup rasa
6 camb bawang goreng ] untuk hiasan
100 g hirisan badam bakar ] untuk hiasan
80 g kismis/sultana ] untuk hiasan
Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1.5 cm. halia
Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga dan kayu manis 1-2 minit.
2. Bubuh bahan kisar, kacau hingga wangi.
3. Masukkan puri tomato, kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
4. Kemudian bubuh air dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutup periuk.
5. Bila masak, taburkan bawang goreng, badam dan pis.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino