Fussili Goreng Pedas
Tuesday, November 18, 2008
Bahan-bahan :-
500 g Fusilli
1 cawan daging/isi ayam ] dipotong dadu atau dicincang
Sedikit udang ] buang kulit
Sedikit sotong ] potong bulat
1 labu bawang besar ] dipotong dadu
3 ulas bawang putih ] dicincang halus
1 tin cendawan butang ] dibelah dua
1/2 biji capsicum hijau ] dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah ] dipotong dadu
10 biji cili api ] tumbuk lumat ( nak lagi pedas tambah kuantiti)
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis
Cara-cara :-
1. Rebus fussili sehingga lembut dan toskan kemudian digaul dengan sedikit minyak
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili sehingga wangi
3. Masukkan daging/ayam , udang, sotong dan goreng sebentar sehingga masak.
4. Masukkan sos tomato, sos tiram , sos cili , kicap cair, lada sulah dan semua sayur
5. Biarkan seketika dan gaul rata.
6. Apabila masak tabur sedikit daun pasli / oregano untuk menyedapkan lagi
Masukkan fusilli, gaul sebati serta rasakan garamnya dan bolehlah dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino
0 comments:
Post a Comment