main agak2 je ni resepinya.... harap betullahkan.
Bahan2 :-
sepeket makaroni(rebus dan toskan)
350gm daging segar dicincang/kisar ( guna yg frozen pun boleh)
6 ulas bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
2 sudu besar serbuk kari daging
4 biji cendawan butang (guna yang segar / pun tin... kalau yg tin pastikan halal tau)
Daun sup dan daun bawang(potong kecil)
Sebiji lada benggala(dadu)
Setin susu cair
3/4 tin air
5 biji telur(pukul dengan garfu)
100gm mozarella(diparut)
Serbuk lada hitam
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis
Caranya
Tumis bawang merah, putih hingga wangi. Kemudian asukkan daging dan kacau sehingga separuh masak. hehehe yang ni pandai2 ler agak ye.. lepas tu masukkan lada benggala... cendawan dan daun sup. Masukkan juga serbuk lada hitam, garam dan bahan perisa secukupnya... masukkan air dan biar mendidih sekejap. Jangan lama sangat tau. Lepas tu biarkan sejuk sekejap.
Kemudian masukkan bahan2 tadi ke dalam makaroni yang telah ditos tadi. Gaul rata. Masukkan susu cair dan gaul lagi. Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Gaul rata2 lagi. Dah rasa sebati tu, masukkan ke dalam bekas pembakar... taburkan mozarella yang telah diparut tadi. Haaa apa lagi bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 - 180C selama 50 - 60 minit atau sehingga masak.