Asam Pedas Ikan Parang

Sunday, January 26, 2014

Memandangkan daun kesum tengah merimbun kat kebun sekangkang kera tu, dari asyik kena cantas je baik dibuatkan sesuatu. kebetulan hari tu ada beli ikan parang elok ler dimasakkan asam pedas. Saya selain ikan pari, asam pedas kesukaan adalah ikan parang. Walau pun agak mencabar skit waktu nak makan tu sbb byk tulang tapi ikan parang sgt sedap dimasak asam pedas. Isi ikan parang sgt manis...

Rasa semua orang tahu resepi nak masak asam pedas tapi saya nak kongsi jugak versi saya jugak :)

Bahan2 :-
2 / 3 keping ikan parang 
4 ulas bawang merah **
2 ulas bawang putih **
1 inci halia **
1 inci kunyit hidup (kalau takde kunyit hidup guna tepung kunyit pun takpe) **
3 sudu cili giling (kalau nak pedas lagi boleh tambah lagi ye) **
3 batang serai (ketuk)
1 inci belacan (bakar skit) **
seikat daun kesum
1 batang bunga kantan
2  biji tomato (optional)
beberapa biji kacang bendi (optional)
2 / 3 keping asam keping 
minyak untuk menumis
garam
bahan perisa
Air

Cara2 :-

  1. Kisar bahan yang bertanda **
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan serai yang telah diketuk.
  3. Masukkan sedikit air dan biar mendidih sikit. Agak2 dah mendidih tu masukkan ikan. Balik2 kan ye supaya ikan sebati dengan bahan tumisan
  4. Agak2 ikan dah separuh masak, tambah air. Haa yang ni ikut masing2 ye... kalau yg suka berkuah byk tu boleh ler letak sedang. Kalau yg suka kuah pekat agak2 ikan boleh tenggelam skit dah memadai
  5. Didihkan seketika, masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan yang telah dipotong serta tomato.
  6. Perisakan dengan garam dan bahan perisa sesedap rasa
Hehehe siap untuk dihidang. Kalau saya suka asam pedas kuah pekat sikit! nyum2....









Daging Dengdeng


saya adalah penggemar daging tapi tak boleh selalu sangat makan, nanti tak pasal2 darah naik yer....

Baru2 ni teringin nak makan daging dendeng. Kudrat nak bersilat kat dapur tak berapa nak mampu, jadinya masak kat kedailah. Tapi biasalah kalau beli takdelah boleh mkn sampai betul2 puas. Beli rm5 dapat sesenduk kecik jer


kalau buat sendiri, mkn sampai muntahlah yer.... slurp! syukur alhamdulillah....




Sarapan Pagi Pisang Bersama Oats

Saturday, January 25, 2014

Pisang Bersama Oats

Oat adalah baik untuk jantung kerana ia boleh menurunkan kadar kalestrol dalam darah.  Buah pisang adalah pemberi tenaga segera untuk badan dan membantu dalam pengeluaran hormon serotonin, hormon yang membuat kita rasa gembira.
 
Bahan-bahan :-

40 gram oat
20 ml susu
25 gram pisang masak (potong dadu)
10 gram koko krunch
10 gram cornflakes
Gula secukup rasa

Cara-cara :-

  1. Rebus susu perlahan-lahan dengan api sederhana sehingga mendidih.
     
  2. Perlahankan api, kemudian masukkan oat bersama gula.
     
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan seterusnya masukkan pula pisang.
     
  4. Kacau masakan hingga ianya sebati.
     
  5. Setelah masak, sajikan dengan koko krunch dan cornflakes.
Jom kita enjoy ...



 Asal : 16 Mac 2007 2:41PM

Contoh produk dari Oat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino