Jemput2 Makaroni Udang

Sunday, December 26, 2010


Sesuai untuk hidangan minum petang. Senang dan mudah disediakan. Cara membuatnya sama seperti membuat jemput2 biasa :)

Bahan2 :-
1 mangkuk makaroni ] rebus sehingga lembut
1 biji bawang besar ]  dipotong dadu
1/2 mangkuk isi udang ] potong bulat
Sedikit daun kucai
1 sudu kecil oregano
1 biji cii merah ] dihiris halus
Tepung gandum  ] sukatan agak2 boleh melekatkan makaroni
Sedikit garam dan air
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :-
  1. Gaul semua bahan2 sehingga sebati
  2. Goreng sehingga agak kekuningan

Onde-onde Durian

Wednesday, December 22, 2010


Kebiasaan apabila kita membuat onde-onde selalunya kita jadikan gula melaka sebagai inti. Kali ini saya tukarkan kebiasaan tersebut. Saya gantikan gula melaka kepada lempok durian.  Hasilnya pasti tidak mengecewakan tekak anda.

Bahan2 :-
1 bungkus tepung pulut
4 helai daun pandan wangi
1 biji kelapa parut
lempuk durian secukupnya
sedikit garam

Cara :-
  1. Daun pandan wangi dikisar dan diambil airnya
  2. Uli tepung pulut dengan air pandan yang dikisar sehingga menjadi doh
  3. Sementara itu masukkan air ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih
  4. Kemudian bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan lempok durian sebagai inti
  5. Masukkan ke dalam air yang telah dididihkan dan tunggu sehingga  terapung di permukaan. Apabila adunan tadi telah terapung bermakna ianya sudah masak
  6. Angkat dan golek-golekkan di atas kelapa parut
Nota :
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam untuk memberi rasa yang lebih enak.

Italian Garden Salad

Thursday, December 16, 2010

Salad ni nama je bagi gempak tapi ni salad biasa je. Nama menjadi ala2 Western sbb ada taburan Italian herbs sebagai penyedap rasa. Resepi ni sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Apa yang ada dalam gambar hanya ilusi semata2 sebab ini salad yang tidak cukup bahannya.  :-


Untuk resepi penuh seperti di bawah :-

Bahan2 :-
1 ikat salad lettuce
sedikit kobis warna purple ] sagat halus
1/2 biji ladang banggala warna merah, hijau, kuning ] potong dadu
4 biji tomato ceri ] belah dua
1 batang timun jepun ] potong dadu
isi salmon yang telah dipanggang ] racik2 halus
2 sudu besar yougurt rendah lemak
1 sudu kecil Italian herbs
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ] guna yg kasar2
sedikit jus limau nipis
sedikit garam



Cara2 :-
Gaulkan semua bahan2 di atas dalam mangkuk salad dan sedia untuk di hidang.

Nota :
untuk menghasilkan salad yang sihat, elakkan penggunaan mayonis atau pun salad dressing kerana bahan ini tinggi nilai kalorinya. Gantikan bahan tersebut yougurt rendah lemak dan sedikit minyak zaitun.

Siakap Stim Asamboi

Sunday, December 12, 2010


Bahan2 :-
1 ekor ikan siakap
1 inci halia ] racik halus
3 ulas bawang putih ] racik halus
2 biji bawang merah ] racik halus
2 batang serai ] racik halus
1 batang bunga kantan ] racik halus
1 helai daun limau purut ] racik halus
1 biji tomato ] belah 4
sedikit saleri ] potong bulat
3 biji cili api ] belah 2 (bagi yg suka pedas boleh tambah jumlah)
2 sudu besar sos tiram
5 biji asamboi
sedikit perahan limau nipis
sedikit garam / sos ikan

Cara2 :-
  1. Ikan dengan asam jawa / perahan limau untuk menghilangkan bau hanyir
  2. Perap ikan dengan sos tiram dan juga garam / sos ikan
  3. Kemudian letak dalam bekas
  4. Taburkan semua bahan yang telah diracik menutupi ikan
  5. Kemudian kukus lebih kurang 20 minit
  6. 5 minit sebelum ikan diangkat, letakkan perahan air limau nipis
  7. Sedia untuk dihidang dengan nasi panas :)
Nota :
Bagi mereka yang suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.

Fettuccine Carbonara

Thursday, December 9, 2010

 


Pasta lagi, saya memang peminat pasta. Cumanya saya kurang mahir mempelbagaikan masakan pasta. Ni resepi yang sangat2 mudah... boleh siap dalam masa 10 minit :)


Bahan2 :-
Secekak fettuccine
1 biji bawang besar ] potong dadu
3 ulas bawang putih ] cincang halus
2 ekor sotong ] potong bulat **
5 ekor udang ] buang kulit **
2 keping fillet ketam ] potong bulat **
sedikit serbuk lada hitam***
sedikit oregano & rosemary ***
sekeping keju cheesdeal ***
susu segar ] agak2 ikut kepekatan kuah
garam secukup rasa ***
sedikit minyak untuk menumis

Cara2 :-
  1. Rebus  fettuccine sehingga lembut dgn sedkit garam, kemudian toskan dan digaul sedikit olive oil
  2. Tumis  bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Untuk menumis saya suka guna olive oil. Selain memberi aroma dan rasa yang sedap, ia baik untuk kesihatan
  3. Kemudian masukkan bahan yang bertanda ** dan biar masak seketika
  4. Masukkan susu segar mengikut kesesuaian dan kemudian tambah bahan bertanda ***
  5. Biarkan mendidih seketika.
Nota :
Boleh tambah sayuran seperti brocolli / carrot jika suka. :)

Spicy Fettuccine

Sunday, December 5, 2010

Bahan2 :-
sebungkus  Fettuccine
1 biji bawang besar ] potong dadu
3 biji bawang putih ] cincang halus
5- 6 biji cili api ] tumbuk / potong halus
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar tomato puri
1 bungkus daging cincang
sedikit batang saleri, cendawan butang
sedikit herba (Italian herb, oregano, rosemary)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Olive oil untuk menumis

Cara2 :
  1. Rebus fettuccine sehingga lembut (masukkan sedikit olive oil & garam)
  2. Panaskan minyak  dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili boh dan tomato puri dan kacau hingga naik minyak
  4. Masukkan daging cincang dan biarkan sehingga separuh masak
  5. Masukkan cili padi, cendawan butang, batang saleri dan biarkan mendidih seketika
  6. Kemudian masukkan herba* dan bahan perasa secukup rasa
  7. Biar mendidih seketika
Nota :
Untuk rasa yang lebih pedas boleh tambahkan jumlah cili pagi ikut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino