Apam Eno

Sunday, March 22, 2009


Bahan2 :-
300g tepung beras
10 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yeast
300ml air
3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
pewarna merah, hijau(yg nih zira guna 2 paket eno kaler biru tu..tak guna pewarna pun.buat satu kaler ja)

Cara2 :-
  1. Tepung dibancuh dgn air sdikit².
  2. Kemudian dimasukkan yeast dan gula dan kacau hingga sebati.
  3. Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. ( Seeloknyabancuh malam, kukus keesokan pagi)
  4. Bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal. ( Ni ikut suka, nak satu warna sahaja pun OK)
  5. Masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  6. Sementera itu panaskan periuk kukus.
  7. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dlm periuk kukusdan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan.
  8. Kukus hingga masak.
  9. Hidang bersama kelapa parut

Kek Lapis Sisik Ikan

Saturday, March 21, 2009



Bahan A
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
250 g gula halus
1 sudu makan ovalette
75 ml air sejuk
1 tin seri kaya (300 gm)
1/2 botol kecil Horlicks (100 gm)

250 gm tepung hong kong
300 gm mentega, dipukul bersama 4 sudu makan susu pekat manis
Kepingan Haw Flakes

Cara2 :-
  1. Pukul bahan A hingga kembang kemudian kaup balikkan tepung dan gaul sebati.
  2. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi dan gaul rata dan sebati dengan adunan di atas.
  3. Bakar 4 sudu makan setiap lapis hingga masak secara grill.
  4. Bagi setiap 2 lapis, letakkan haw flakes secara menyerong.
  5. Ulangi proses sehingga habis.

Nota :
1. Sesuai gunakan acuan 7" x 7" x 4"

Sumber : Buku Resepi Rabiah Amit

Carrot Orange Cake

Thursday, March 19, 2009


Bahan2 : -

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange

Bahan di ayak : -

250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara2 : -

  1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
  2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang diparut tadi.
  3. Masukkan walnut, kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
  5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
  6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
  7. sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
  8. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Cara2 : -

  1. Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan.
  2. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino