Apam Eno

Sunday, March 22, 2009


Bahan2 :-
300g tepung beras
10 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yeast
300ml air
3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
pewarna merah, hijau(yg nih zira guna 2 paket eno kaler biru tu..tak guna pewarna pun.buat satu kaler ja)

Cara2 :-
  1. Tepung dibancuh dgn air sdikit².
  2. Kemudian dimasukkan yeast dan gula dan kacau hingga sebati.
  3. Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. ( Seeloknyabancuh malam, kukus keesokan pagi)
  4. Bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal. ( Ni ikut suka, nak satu warna sahaja pun OK)
  5. Masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  6. Sementera itu panaskan periuk kukus.
  7. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dlm periuk kukusdan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan.
  8. Kukus hingga masak.
  9. Hidang bersama kelapa parut

3 comments:

croquembouchee said...

tepung beras apa yang you pakai? I tak boleh buat dia jadi merekah! Biasala, dah siap panaskan acuan, try berbagai brand tepung beras etc. cam ne ?

Sue Ejad said...

Mak mertua saya cakaap klu guna tepung gandum lagi sedap, sbb klu guna tepung beras dia jadi keras sikit, betul errkk?

rahel said...

Cantik merekah apam eno tu,nak juga belajar buat apam eno ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino