Bagi yang tengah berdiet tomyam ni tak berapa sesuai ye. Sebab kandungan santan yang berlemak tu. Tapi nak makan sekali sekala tak salahkan. Saya memang gemar sangat tomyam ni sebab ada rasa lemak2 pedas. ehehehe tapi tak boleh makan selalu sangat sebab kolestrol tinggi! Selamat mencuba.
Bahan-bahan
10 ekor udang
3 ekor sotong - potong bulat
isi ayam
3 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 biji tomato - dibelah 4
2 sudu besar pes tomyam
1 cawan santan
2-3 cawan air
4-5 helai daun limau purut
5-6 biji cili padi - diketuk ( kalau suka pedas, letak lebih)
1 biji limau nipis - amik jusnya
sedikit gula, garam dan aji (jika suke) sebagai perasa
segengam daun ketumbar
Cara2 :
- Masukkan air dalam kuali dan masukkan pes tomyam, serai dan lengkuas.Saya tak tumis sebab ada santan.
- Masukkan bahan2 tomyam (udang, sotong dan isi ayam) dan biar sehingga mendidih seketika dan kemudian masukkan santan.
- Kemdian masukkan daun limau purut, bawang, cili. Kacau sebati dan kemudian masukkan bahan perasa secukupnya.
- Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan beberapa minit. Sedia untuk dihidangkan. Semasa menghidang tabur dengan sedikit daun ketumbar.