Daging Masak Halia

Sunday, October 28, 2012


Bahan2 :-

1/4 kilo daging
1 labu bawang besar (dihiris)
6 inci halia (dihiris nipis)
2 batang lada masak (dipotong menyerong)
10 helai daun bawang (dipotong 5 inci panjang)
3 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara2 -:

1) panaskan minyak, goreng bawang, halia hingga naik bau.

2) masukkan daging dan biar separuh masak.

3) masukkan daun bawang, lada, sos tiram dan air.

4) tunggu sehingga masak dan masukkan garam

5) perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.

Asal : 280307


Kunyit, lengkuas dan halia. Bahan-bahan masakan perlu untuk anda yang rajin memasak.

Puding Caramel

Tuesday, July 31, 2012



Bulan-bulan puasa ni, pencuci sangat2 menjadi kegemaran. Lebih2 lagi kalau dimakan sejuk2. Salah satu pencuci mulut menjadi kegemaran Maksue adalah puding caramel. Nak buat pun takdelah susah mana :)

Bahan2 :-

Gula Hangus
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air


Cara-cara

  • Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang
  • Kemudian campurkan dgn air. Masa nak masukkan air kena berhati2 sbb air akan memercik keluar nanti :)
  • Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur.
  • Bila sume dah hancur tuang dalam loyang,  ketepikan dan biar sejuk seketika 


Bahan Karamel
  • 5 biji telor
  • 1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis boleh kurangkan gula sebab gula hangus tadi dah manis)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
  • secubit garam


Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan2 karamel dan gaul hingga sebati. Nak blend pun boleh tapi kena tapiskan semasa masukkan ke dalam loyang untuk mengelak adunan berbuih2 :)
  • Tuang bahan2 ni ke dalam loyang yg sudah berisi gula hangus.
  • Kukus dgn api perlahan  sehingga  masak. Boleh juga dibakar menggunakan kaedah steam bake dalam oven guna suhu 170C selama 1 jam
  • Untuk mendapatkan hasil yang lagi sedap, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Siakap Goreng Bermangga

Tuesday, May 29, 2012

Bahan-bahan :-

1 ekor ikan siakap
Garam dan serbuk kunyit secupnya (untuk goreng ikan)
½ biji mangga muda (disagat)
5 biji cili padi
2 sudu makan jus lemon
2 biji bawang merah (dipotong kecil)
1 sudu makan sos ikan
Minyak masak secukupnya

Cara-cara :-
  1. Goreng ikan siakap dan ketepikan.
  2. Tumiskan cili padi, bawang merah, sos ikan dan jus lemon.
  3. Tuangkan ke atas ikan siakap goreng tadi bersama mangga yang telah disagat.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Post : 2006-02-16 14:14

*Resepi untuk dicuba :)

Creamy Mushroom Soup

Friday, May 4, 2012




Bahan-bahan
1 biji cawan bawang besar- mayang
sedikit daun parsley- cincang
1  tin cendawan butang ( saya guna ayam brand)
1 1/2 sudu kecil tepung jagung
1 keping kiub ayam **
1/2 sudu kecil Worcestershire sauce **
1/2 cawan susu segar **
1/2 cawan sour cream **
1 sudu besar mentega

Cara-cara
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bawang dan tumis sehingga kekuningan
  2. Kemudian masukkan sedikit air dan cendawan dan biarkan seketika
  3. Masukkan bahan yang  bertanda ***
  4.  Bancuh tepung jagung dengan air. Kemudian masukkan ke dalam cendawan tadi.
  5. Masak sehingga mendidih dan kemudian tutup api dan biarkan sejuk seketika
  6. Masukkan ke dalam blander dab blend sekejap.Jangan bagi hancur sangat
  7. Kemudian renehkan semula sehingga pekat. 
  8. Siap untuk dihidang. Taburkan dengan sedikit daun parsley
  9. Sedap di makan dengan roti  biasa / garlic bread :)

Tomyam Seafood

Tuesday, May 1, 2012

Bahan-bahan :-
10 ekor udang
5 ekor  sotong (potong bulat)
Lala (ikut suka nak letak byk mana)
2 ekor ketam (belah 4)
2 ulas bawang putih (ketuk) **
2 inci lengkuas (ketuk) **
1 sudu kecil udang kering ditumbuk halus (optional)
2 besar cili kisar **
1 batang serai (ketuk) **
1 1/2 sudu besar jus lemon
beberapa helai daun limau purut ***
beberapa biji straw mushroom  ***
1 biji lobak merah (potong serong / ikut suka) ***
1 biji tomato (belah 4) ***
1/2 cawan santan pekat
1 batang celery (potong serong / ikut suka) ***
1 biji holland (belah 2) ***
5 biji cili padi - ketuk (nak pedas boleh tambah kuantiti ye) ***
Garam secukup rasa
sedikit gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :-
  1. Tumis bahan yang bertanda ** hingga naik bau dan tambah sedikit air
  2. Kemudian masukkan bahan makanan laut dan biar mendidih seketika
  3. Masukkan bahan2 yang bertanda *** dan biar mendidih seketika
  4. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan
  5. Kemudian tambah bahan perasa secukup rasa
  6. Reneh seketika dan siap di hidang. Sedap makan panas2 hehehe

Butter Prawn

Friday, April 6, 2012

Ingredients:
Prawn
Beaten egg yolk
Cut green chilies
Curry leaves
Butter
Evaporated milk
Salt
Sugar

 Preparation:
  1. Cook egg floss: Heat up wok. Add some butter, cooking oil and cook for a while. 
  2. Pour in beaten egg yolk and stir it. Once it’s cooked (brown color), strain the oil and put in a plate. Set aside.
  3. Fry prawns: Add enough cooking oil in wok to fry prawns. 
  4. When the oil is heated, add in prawns. After it’s cooked, set aside.
  5. Remove oil from wok. Add in some water, butter and cook until the butter melts. 
  6. After that, add in green chilies, curry leaves, season it with some salt and sugar. 
  7. Add in evaporated milk and cook for a while. Add in fried prawns and cook again.
  8.  When it’s ready, put in a plate and top it with egg floss.

Credit Recipe : http://pinkielollipop.blogspot.com/

Khasiat Kacang Bendi

Friday, March 30, 2012

Kacang bendi adalah sejenis kekacang yang renek. Untuk menanam sendiri pokok bendi bukanlah sesuatu yang rumit. Pokok ini tidak sukar untuk dijaga. Tempoh untuk mendapatkan hasil dari penanaman pokok bendi juga tidak terlalu mengambil masa yang agak lama. Biasanya pokok bendi yang ditanam dari benih ditabur sehingga mendatangkan hasil untuk dipetik hanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan.

Ramai orang tidak berapa menggemari kacang bendi disebabkan kacang ini mempunyai lendir bila dimasak. Sebenarkan ramai yang tidak tahu dan tidak sedar, cecair berlendir dalam kacang bendi bukannya suatu yang tidak elok. Cecair tersebut  sebenanya mengandungi pektin dan serat yang larut dalam air. Pektin membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengganggu menyerapan cecair hempedu dalam usus dan memaksa hati menggunakan lebih banyak kolesterol untuk membina hempedu.



Selain itu juga, kacang bendi begitu kaya dengan serat. Dan ini elok dalam membantu dalam sistem penghadaman kita. Ia boleh mengelakkan sembelit. Selain itu kacang bendi adalah sumber folate dan serat.  Ia juga mengandungi vitamn C, B6, thiamin, magnesium dan kalium.  


Kacang bendi adalah sayur yang rendah lemak dan kalori.  Sayur ini digunakan untuk memekatkan lauk terutamanya kari. Selain itu, ia juga sedap dimasak goreng atau hanya dicelur untuk dibuat ulam

Herba dalam masakan

Sunday, March 25, 2012

Herba merupakan bahan masakan yanf tidak boleh diketepi semasa menyediakan makanan di dapur. sama ada herba segar atau kering ia pasti akan memberikan kelainan raa dalam makanan kita

Antara herba yang biasa dan sering digunakan oleh para wanita bila memasak di dapur adalah seperti daun kesum, daun selasih mahu pun serai. Kesemua  bahan herba ini memberikan rasa dan aroma yang berlainan dalam masakan.



Manakala untuk masakan ala barat pula, ada beberapa jenis herba yang selalu digunakan. Antara herba-herba tersebut adalah seperti basil, rosemarry, thyme, oregano atau pun dill. Kesemua herba-herba ini boleh didapati di pasaraya. Akan tetapi dengan iklim dan suhu dinegara kita, herba-herba ini boleh ditanam sendiri. Walau pun cara penjagaannya agak rumit sedikit jika dibanding dengan herba yang biasa hidup di negara kita, tapi dengan menanam sendiri hasilnya nanti pasti akan memuaskan hati.

Tanam Sendiri Herba Masakan Anda

Tuesday, March 13, 2012

Dengan menanam sendiri pokok-pokok herba masakan, anda dapat menggantikan herba yang dikeringkan dengan herba segar. Anda akan dapat merasakan kelainan dalam rasa dan kesegaran masakan yang anda sedia. Antara herba-herba yang sesuai untuk jenis masakan adalah dan patut anda tanam adalah :-

Basil adalah sesuai untuk pasta, pesto dan salad caprese.

Thyme adalah lazat dalam sup dan daging.

Rosemary adalah sesuai untuk masakan yang dipanggang dan foccacia.

Tanamlah sendiri pokok-pokok herba anda sama ada dalam pasu atau kebun kecil anda.


Read more: Easy Start to an Indoor Herb Garden | eHow.com 

Kebun herba kami



Lala Tumis Cili

Wednesday, February 29, 2012

Bahan-bahan
1kg lala - cuci bersih n toskan
2 ulas bawang putih - cincang kecil
1/2 biji bawang besar - hiris2 nipis
1-2 batang serai - ketuk
5-10 biji cili api - ketuk / tumbuk kasar
2 jelai daun limau purut - carik2 halus
minyak masak - untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Cara2
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan serai.
  2. Kemudian, masukkan cili   yang diketuk/ ditumbuk tadi. 
  3. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan lala dan daun limau purut. Kacau sebati kemudian tutup kuali n biarkan selama 2-3 minit.
  5. Buka penutup kuali dan masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
  6. Kacau sebati lagi selama 1 minit. 
  7. Sedia untuk dihidang :)

Puding Triffle

Sunday, January 8, 2012

Puding ni mak masak Jumaat lepas. Kebetulan ada makan2 dekat opis. Sebab tekak mak teringin nak makan puding triffle ni, kalau masak saja2  untuk memenuhi tekak mak ni malas pulak kan. Takkan nak masak ciput jer... buat perabis gas je! Alang2 ada jamuan dekat opis tuh yang mak buat tu. Resepi ni mak guna resepi Kak Hanieliza. Yang ni memang mak ikut sebijik2 macam resepi tu. Terima kasih Kak Liza


Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll ] pilih perisa strawberry
1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
1 tin fruit cocktail -
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula perang ( nak kurang manis kurangkan gula)
3 cawan susu rendah lemak

Cara-cara :-

  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga pekat dan nampak berkilat, ketepikan dan biarkan sejuk
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas. Kalau nak nampak lapisan tu letakkan dalam bekas yang transparent.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi sehingga lembab.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Kemudian taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk2.

Ikan Bakar Daun Kunyit

Ni 1st time mak bakar ikan guna daun kunyit. Biasa balut ikan tu guna daun pisang je, tapi untuk dapatkan kelainan aroma mak balut dengan daun kunyit pulak kali ni. Alhamdulillah rasa yang tidak menghampakan. Walau pun ikan bakar kali ni agak kering tapi rasa boleh tahan jugak.

Hehehe balutan daun kunyit mak dah bukak sbb nampak buruk bebenor daun tu hangus kehitaman. Nasib baik ikan selamat lagi. Ikan ni sedap cicah dengan air asam tapi sbb asam jawa tak ada mak cicah guna kicap cili jer... syukurlah nak kenyang jugak perut. Alhamdulillah :)


Bahan2 :-
3 ekor ikan kembung ]  dibuang perut dan dibersihkan
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
3 helai daun kuniyt (daun pandan pun boleh yer )

Cara2 :-
  1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Balutkan badan ikan tadi dengan daun kunyit
  3. Bakar atau grill atas api sederhana. Yang ni mak bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick.
  4. Balikkan ikan sehingga masak
  5. Hidangkan dengan  air asam / kicap bercili

Daging Goreng Kunyit.

Assalammualaikum...

Hari ni tak tahu nak masak apa. Dalam peti sejuk ada daging tapi kalau dah makan sorang2 kalau daging masak kari bagai mcm terlebih2 ler pulak. Dan yang paling  simple nak masak yang ada dalam kepada mak ni haa daging goreng kunyit je. Rasa semua orang tahu resepi ni. Nak masak main campak2 dalam kuali je. Tapi apa pun mak nak jugak tayang resepi yang mak masak tadi ni haa....


Bahan2 :-
500 gm daging ] hiris nipis
1 biji bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ] hiris
1 inci halia ] hiris nipis
1  inci lengkuas ] hiris nipis
5 biji cili padi ] dihiris menyerong (nak lagi pedas tambah kuantiti)
1 biji capsicum ~ potong persegi (optional )
1 cawan air
bahan perasa jika suka
½  cawan minyak atau secukupnya

Cara2 :-
  1. Daging yang dipotong dicuci & ditos. Gaulkan dengan garam & serbuk kunyit.  Masukkan dalam kuali yang berisi air. Masak hingga daging kecut dan daging lembut
  2. Kemudian masukkan minyak masak dalam kuali berisi daging & goreng daging sehingga nampak garing. 
  3. Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan dan cili hiris. Goreng lagi hingga bawang & cili layu.
  4. Masukkan  garam dan bahan perasa secukup rasa.  
  5. Akhir sekali masukkan capsicum dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang. Hiaskan dengan daun ketumbar
Petua :-
Untuk mendapatkan daging yang cepat  lembut apabila dimasak, pastikan daging dihiris nipis melintang urat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino