- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 s/b tepung beras
- 2 s/b tepung jagung
- 1/2 cawan gula
- 3 cawan santan
- 1 s/k garam
- 1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]
- 1 cawan cendul
- 1/2 cawan air
Cara:
- Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
- Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
- Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
- Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
- Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
- Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
- Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
- Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
- Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment