Pancake Oat

Thursday, April 17, 2008

Lempeng merupakan makanan kegemaran masa kecil-kecil dulu. Lempeng yang menjadi kegemaran adalah lempeng kelapa. Tapi zaman dah berubah, lempeng sekarang telah diubahsuai cara membuatnya. Salah satu lempeng yang sedap dimakan disamping mempunyai khasiat tersendiri adalah lempeng oat.

Bahan-bahan :-
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 4-5 sudu besar oatmeal
  • 1 biji telur
  • sedikit baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Tepung gandum dlm satu cawan (jangan habiskan, bergantung pada kepekatan bancuhan)

Cara membuatnya :-
  • Masukan semua bahan diatas (kecuali tepung gandum) kedalm blender.
  • Blend sampai sebati.
  • Kemudian masukan tepung gandum. agak2 jangan sampai pekat sangat.
  • Goreng atas non-stick frying pan yg di letakan dengan sedikit butter.
  • Letak dalam 2-3 sudu besar setiap kali goreng (supaya nipis) sampai habis adunan
  • Bole dimakan begitu sahaja or di sapu peanut butter/kaya/nutella n digulung or dilipat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino